Ad-din

hari ni, saya nak tulis topik yg lain dari yang lain
catch-up the tempo while you can
kalo tak leh, boleh try lain kali :)


Chapter 1:

"dah terhantuk baru terngadah"

lumrah jadi manusia, bile dah sakit, berdarah, baru tahu rasa sakit. menyesal baru nak datang, time tu baru tahu silap kat batang hidung sendiri. time baru rase pukimak nye diri kau sendiri. asal g cari sakit. asal do?

pernah dengar pasir jerlus? pasir jerlus ni akan sucked you in. the more you struggle. the more you would sink. do the math. cube bayangkan pasir tu timbunan masalah ko. timbunan dosa dosa kaw. makin ko bergelumang, makin kaw di tarik masuk. di sedut dalam dalam. di sedut lagi, sedut kedalam lg. tak ke mcm bodoh kaw rase. nape ko nak disedut lg ke dalam? kaw tak lemas ke? seronok sgt bergelumang? tapi sampai bile? sampai dah terhantuk?

tapi, aku nak tanye, kalau aku nak hulurkan ranting, nak tarik kau keluar, kau nak tak? Sumpah aku berani cakap, memang kau taknak. sebab kau bahlol. kau seronok sangat bergelumang, seronok sangat, asyik sangat kat bawah tu. seronok makin ke dalam. aku sedar, ranting aku ni, takdela sekuat mane. ye lah, ranting kayu yang aku ade ni pun rapuh. bile bile mase boleh patah, tapi aku tak sanggup tinggalkan kau.
TAK SANGGUP DOW!

takpela, aku tetap akan biarkan ranting ni dalam capaian kau. kalau nanti kau dah terhantuk, kau nak keluar, taknak bergelumang, taknak disedut masuk, aku ade kat sini. aku janji aku akan tolong sebaik mungkin. kalau ranting tu patah, aku gune kaki aku, aku cari tali, aku tak kan biarkan kau. ITU AKU JANJI.



Chapter 2:

Ad-Din

Melayu Islam. korang pernah tak terlintas, korang ni beruntung. korang lahir2, dah dengar laungan Azan, atau Iqamat kat gegendang tinge.

pernah tak sedikit terbuku kat hati korang, Nikmat agama yang kita rasa ni sikit. certain tu tak nampak pun.

Cube bayangkan muallaf. deorang dilahirkan dgn agama masing2 sebelum peluk Islam, DAN DEORANG TEMUI JALAN UTK MEMAHAMI KEAGUNGAN ISLAM BUKAN DGN AZAN DAN IQAMAT KAT TELINGA MASA LEPAS DEORANG LAHIR. bayangkan keperitan yang deorang hadapi untuk membuat pilihan, membelakangi keluarga, ayah, dan mak yang melahirkan kita. cuba bayangkan kemanisan Islam yang deorang perolehi.

aku tak cakap yg dilahirkan islam is less than a muallaf. my point here is, korang pernah bersyukur tak? yang korang ni dilahirkan sebagai islam, dan tak perlu lalui apa yang deorang lalui. pernah terpikir?

manusia ni lalai kan, deorang lalai sebab deorang lupe. dan sebab tu deorang perlu selalu diingatkan, supaya tak terus hanyut.

kalau pegangan dah hanyut, konfirm nanti pasir jerlus! :)


Chapter 3:

User Interface

Islam ni, bukan paksaan kan. Islam tu indah kot. Islam tu kan agama untuk semua orang. Islam adalah agama untuk orang urban, indie, kampung, tua, laut dan lain lain. Islam mendisiplinkan umat, untuk teros beramal seikhlasnya kepada Allah.

Semue orang tahu kan hal tu. tapi kenape nak cemarkan imej Islam dgn imej kuno? kenape orang selalu gunekan PENDEKATAN yang tak kene dgn AUDIENCE? Cara halus kan ada? kenapa nak guna cara terjah?

analogi: kalau orang tak bagi kau masuk rumah, takkan kau nak terjah masuk je? macam mana orang tu akan rasa. haaa? aku tahu lah, kau tu bagus, ilmu banyak, tapi, bukan ke ade care lagi bagus?kite boleh pujuk kot brader. lame lame nanti lembut la hati die. ni tidak, main terjah tak tentu pasal. memang la mengamuk hati tu. lagi keras la jadinya. tak gitu?

tampaq kepala tanya diri sendiri. make sense tak ape yang aku ckp ni?





outro: 13 tu kan rukun solat? Isra' Mikraj special.

3 respon dipunyai:

norfaridahanum said...

entry sempena 27 rejab la nih ye?
nice one...esp part yg last.."dakwah kena secara berhikmah"..ramai lupa yang tuh...teruja sgt bila diri dah tinggi ilmu agamanya,mungkin.

ilovemywords said...

like. =)

Bijen M. said...

Lama betul proses pasir tu nak menelan.