post pulang

11.20 am || November 29th, 2008

18 jam perjalanan. 3 sekawan. sebuah guitar, satria gtx biru. ipoh ke alor setar. (masa yang lama bukan!) menghabiskan satu malam di penang, "twilight" (movie) di queens bay, melepak bersama acap (terima kasih, walaupun short notice) , dota di infiniti dan destinasi gurney. dan bila menjejakkan kaki di depan umah. sebelum tidur seharian.

PENAT

FUN

PUAS

thank you

outro: boredom mula melanda




post zoomanship


dari kiri (aul, puyul, zaed, enzo, anep)

seperti dijanjikan, ini post tentang zoomanship. ade 5 orang ( bg yg tak tahu mengira) . dan seorang manager (liyana chong) . influenced by the artic monkeys. musik yang dibawa sekarang kesemuanya dari artic monkeys kecuali ade satu lagu estrella. dan mereka ada satu lagu sendiri (buat masa sekarang) .

aul - gitar rentak (ryhtm)
puyul - tong² dram
zahid - microphone
enzo - bass
anep - guitar memimpin (lead)

menurut alkisah, awal² pemilihan nama kumpulan agak kelakar. the mist in the rain, the fog, dan macam² lagi. sampaila satu ketika mereka menamakan mereka sebagai showmanship. dan buat seketika, selepas menyedari mereka mempunyai showmanship yang hampeh, mereka menukar kepada zoomanship. sehingga sekarang.

apa yang menarik. puyul, adelah drummer semula jadi, beliau tiada basic bermain dram. ketukan beliau adalah bukan dari pelajaran. tp dari pendengaran. zahid, pernah hidup dan belajar di UK semasa kecil (sekarang anda tahu macamana beliau dapat british accent itu). enzo, beliau pemain bass turun temurun dari arwah bapa beliau dan abang beliau. diperturunkan kepada beliau. dan tambahan beliau KOOL. anep, anda patut berkenalan dengan beliau, dan mengetahui erti sebenar hati budi. dan aul, si kacak beserta honda city.

aku pernah bertanya tentang harapan mereka. mereka akan teros jamming sampai mereka puas. sampai mereka akan sama2 tahu erti untuk berhenti bermain. dan apa fungsi saya di sini.

dehaq adelah fan mereka dengan number #1

semoga maju jaya zoomanship!
sekian

ferrari

1.41 pm || November 23rd, 2008

sebentar tadi, aku menyaksikan, bapaku datang, dari kejauhan, menambil barang2 dan pulang semula. dengan itu, berakhirlah july 2008. 6 bulan yang hectic.

perihal kematian.
minggu ini, aku banyak diperdengarkan dengan berita kematian, tambahan, aku accident lg harituh. masih lagi di seat yang sama. seat co-driver. dalam tempoh 6 bulan, sudah 2 kali. bad omen? malang? suwey?

pilin : kamu xsuwey, jgn risau, luck is luck, bad luck is just a string of unwanted events
aku : haha, x, just terpikir mase berbual dengan fth dan hg.


perihal anep.
anep mahu anak-anaknya dipanggil papa instead of abah, bapak, daddy dan ayah.

anep : aku nanti ade anak, aku nak biar anak second spoil.
aku : elaborate!
anep : anak sulung, tak kire laki ke pompuan, aku nak didik die jadi pemimpin, sebab nanti die yang akan lead. anak 2nd, aku nak biar, die nak duit aku bagi, aku nak tgk die jadi macamane, anak 3rd, aku nak manjekan, ditatang kaw2.


perihal peperiksaan.
kesimpulannya, aku tak expect apa2 dari final harituh. mood aku lbey kepada "berilah apa2 result sekalipon, aku redha" . sebab aku da giveup mengharap, meletakkan nazar, study di irc, dan beli buku teks. serik sebab tak mahu mengulangi apa yang berlaku pada sem lepas. final da lepas dan aku tak mahu mengingati apa2. pandang ke depan dan teros.


perihal internship
sem depan, adalah sem terakhir aku di utp sebelum ke internship. memikirkan tentang internship, membuatkan aku merasakan "the butterfly".

mampuke aku internship?
aku intern dekat mane nanti?
aku intern dengan sape nanti?
macamane alam pekerjaan?
boley ke aku idop sorang?
inter nanti kene keje buat ape?

urh.. the butterfly.

2006
zahid : aku nanti nak intern kat jepon, duit banyak, ade megumi kun.

2007
zahid : intern dekat singapore la, deorang nak pakai ramai orang nanti, duit mahal, amoi2 pn lawa.

2008
zahid : JB atau KL, tgkla, mane dekat dgn rumah.

2009
zahid : (aku tunggu kat mane plak lepas ni :D )


perihal percutian
majority orang akan tertunggu cuti semester, kontrari dengan saya. cuti sem membuatkan aku hilang mood. mungkin kerana aku tiada kehidupan ( lyfe ) di rumah. mungkin sebab itu.

zahid : aku nak keje kat secret resipi (mind the spelling)
zul : aku nak keje kat jusco rasenye
ijat : pizza hut oke x? nak try
aku : aku keje kat zam auto...


perihal kool.
di kalangan kawan2 aku, dengan ini saya mengiktiraf

ENZO

sebagai seorang yang paling kool. beliau, mampu bertahan dan berdiri dengan diri sendiri. berfikir dan memandang sesuatu dari sudut berbeda. nama yang kool, sejarah keluarga yang ada cerita tersendiri, bernakat dalam muzik dan bola sepak. dan sebagainya


perihal zoomanship.
siapa mereka ? apa mereka ? tunggu pada post akan datang ( bajet intro )

outro : penat sungguh menulis semula

demi half

half, aku tak ske buat bende nih, tp xpe! member nye pasal. Hahahaha

my top 10 things inside my bag (laptop bag)
no laptop, and my desktop cannot be occupied in a bag

my top 10 things inside my regular bag (in case for travelling)
1. extra thirts
3. extra pants
4. towel
5. deodorant
6. perfume
7. dunhill 14s
8. toothsbrush
9. kain pelikat
10. atleast a magazine

my top 10 things inside my wallet..
1. IC
2. utp student card
3. bcb card
4. bsn card
5. cash with no coins (berat, malas)
6. matric card / student card
7. resit-resit yg penting..
8. business cards
9. exam slip (sem ni nye final, aku nye angka giliran semart, 27666)
10. The Coffee Beans & Tea Leaf discount card

my favorite top 10 things around my room (di UTP)..
1. container hijau berisi stuff, dan diconteng sendri
2. subwoofer
3. desktop
4. bantal busuk (masih ade)
5. sticky notes
6. ash tray bentuk dadu
7. gelas minuman
8. handset
9. tabung berisi syiling
10. Al quran, yassin dan sejadah

my top 10 hobby now..
malas nak pikir, maaf.

my top 10 dreams..
1. grad in 2nd class upper atleast
2. own a business
3. marrying a fine woman (owh, she was so fine)
4. bmw 5 series
5. Penthouse shud be fine
6. 4 childrens
7. keep constant relationship with family
8. Sony Alpha 300
9. be a faithful worshipper
10. -Amin-

terakhir

5.09 am || November 19th, 2008

pukul 9 pg nnti, paper last aku

O YEAH
O YEAH
O YEAH


membayangkan pukul 11.15 (mmg suke keluar awal) aku melangkah keluar dari main hall dengan kelapangan di dada

FINAL is OVER bebeh

owhs, dan membayangkan pukul 12 aku da terlentang di atas katil menggantikan jam2 tidor yang ditunda...


(best kan bayangkan bende2 ni mase study)


tapi..

desktop rusak.

rusak leads to duit

duit leads to masalah

rase cam nak demam.

kepale nak pch,


hurm...

outro: so much for the last paper...

sweets and bitters

8.39 pm || November 13th, 2008

sekalung tahniah untuk beliau

hidayatul walfaizin bt zakaria
UPSR Candidate 2008


betahun dibebel, dimarah, untuk di suruh belajar, akhirnya, anda berjaya
you deserve every A's on the slip!


Apek berdua puluhan.

pagi 11hb, aku dibelengukan dengan hasutan toyed (mastermind) dan hood.

toyed : kiteorang pegi exam, ko buat la,
hood : anep bakal tidak kunci pintu harini.
hood : mat pik punya skali, bg nampak real.

petang itu. sedang aku berdota (melepas kan tensyen study SE), tiba2 rumah riuh pikuk. dgn jeritan dan makian.

apek : babi ar, laptop aku hilang. dengan handset2 sekali.(kami cuak, anda patut menyaksikan
amukan beliau)
apek : anep ar ni, x kunci pintu, babi ar.. (xsure die cakap mcmni atau tak)
apek : TAAAANNNNNKKKKKKK, (jeritan dari luar bilik) ade nampak sape2 masuk umah tak
tadi.. babi ar..
apek : BANG, (bunyi sepakan pintu bilik) babi ar..

7 orang yang laen (pengecualian pada aku dan hood), begitu cuak, tidak mahu memberitahu perkara sebenar. berpeluh2, menyorok2 di bilik laen.

hood : ang letak tang mana?
aku : jom, kat bilik zahid. tuh, celah katil.

"HAPPY BIRTHDAY APEK!" selamat berdua puluhan. dan panjang umur. maafkan kami, ini hanyalah satu prank.


SE dan sebagainya.

dont want to say more. but, certainly i was not the good student. the failure to perform in the final paper. but at the end, i should know that, when i open the main hall door, i see the bright lights. and its freedom. and this is the end! thank you prof for the valueable lessons.

prof JJB : you looks better with this hair.
aku : thank you very much sir.


Perihal botak

saham aku jatuh merudum. seperti dijangkekan selepas memotong rambut. satu persatu hilang, dan kewujudan aku semakin dilupekan. saye kembali menjadi seorang yg average dan gtalk kembali menjadi sunyi. (penyesalan).

aku : kalo aku buat stripe oke x?
toyed : ko nak kene sepak laju2?


Al-Fatihah

sudah lebih setahun. terima kasih, walaupun sekejap, anda akan tetap kat dalam hard disk otak aku. moge2, roh mu di cucuri rahmat.

the 7 days of sweetness and bitterness

mengenali mu mengajar aku erti pengkongsian, kematian mu mengajar aku erti kehilangan.

anep : betol ke ni dehaq? (sambil memegang bahu aku)
aku : (memandang anep tersenyum)
toyed : betol la, xkan nak maen2 plak.


outro : mencarut adalah kegiatan yang tidak sihat!

pengimbau lampau

1.56 pm || November 11th, 2008

sebelum HSE, dimalam hari, satu isi rumah berbual tntng pengalaman di hostel. perih dibuli, perih dibelasah, senior yg celaka (mat perot), warden dan sebagainya. gelak ketawe ramai2 dan mengutuk ngutuk mereka yg berkaitan. setelah bosan aku kembali ke bilik, kemudian aku diajak keluar bersame adib & mi utk makan. (saya gagal menolak keseronokan), bersetuju. dan kat kedai makan, mereka bercerita bende yg same (mi dan adib satu skolah)

"owhs, mmg time final orang ske mengenangkan kisah lame ke?"

dan pengumuman rasmi utk semua, saya telah dgn jayanya memotong rambut. semalam. dan kembali botak. bg yang tertunggu-tunggu ini hasilnya, yang tak tunggu, 11 bulan nnti afro lah ia kembali. tp xjanji sbb mase tuh aku tgh intern. (pengecualian jika rambut tidak dinilai untuk pointer intership)


puyol mengagumi beliau

outro: saye dak skema je kat skola dulu. heh..

ass E, (SE)

11.00am || November 10th, 2008

tak ley fokus hse, dan ade idea untuk menulis.

since the release of SE marks, people keep bugging me with this.

"asal markah ko antara team leader yang rendah"
"aku pelik nape markah ko rendah, Izdihar kot"
"ko bkn favourite student die ke?"
"tiap kelas die sebot name ko la"
"asal markah ko skit banding teammates?"

ppl, hear me out,

i don't give a damn at all.

and i think, my marks is deserve able! since the starts of the semester, i were chosen to be a team leader because of my incompetence to be suited in any of the departments. Programming. Documentation, and QA. So i wud rather be in such position from being a part of the department in such i would be the sleep member.Favourite student? i would say no. There are other elements that makes me a familiar face to him. who else have a enourmous body with such hair. And afterall, this are the only contribution that i gave for the project:

organize meetings
yes and no (angguk2 geleng)

sound orang

team logo (which keep on been questionable to him)

banner for the security portal

hope u'll understand why i said it was a deserve marks.

special thanks to these people :




saye hutang mereke satu dinner

if it were not from their effort, the projects will never'll be completed in time.and they deserve better than me.

s a n k y o u.


outro: menghargai mereka yg bersusah payah

study W E A K

11.37 am || November 9th, 2008

its two days before final exam starts, and i am here, blogging. i do what i think best. semalam, ye semalam, saye baru stat study week. (i was not a fan of studying) . dan everything mcm okei. ramai ajak pegi irc. (gedung ilmu yang hanya dipenuhi orang ketika study week) . tp aku tahu. if i go, i will end up at others table chatting and doing nothing. there's a lots of things happens around me now.n most of all

MU FANS DO CRY YOUR EYES OUT

dan markah SE sudah keluar.teamfive sekalian, saye da cube! dan tahniah dgn markah2 korang. heh. (owh mengapela markah aku hampeh je -_-" ). IP pn da kuar, ye, projek yg aku kene buat semula itu, aku dapat 11/15

O YEAH BABY!

so kawan2. kesimpulannye, kalo korang btol2 nak, its a handful. kene ushe btol2. baru berbaloi. tp part zahid tuh, aku kasihan gak. aku da link kan ke page die. tp still tak tahu kenape jadi mcmtuh. herm. dan ye half! aku menyahut tag anda! (i'm doing this for the sake of you!)


dan saya lahir pada tarikh 7th July (20 thn yg lalu)

JULAI

Sangat suka didamping. (tp masih single, utk gadis2 di luar sana)
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. (er.. betol ke?)
Agak pendiam kecuali dirangsang. (setuju, jgn ransang saya kalo xmaw bising)
Ada harga dan maruah diri. (egois)
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. (o yeah sgt betol)
Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain. (ade yg tak stuju?)
Sangat peramah. sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. (-_-")
Berjiwa sentimental. (toyed, bace nih)
Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. (sile berhati-hati semue)
Tidak suka benda remeh-temeh. (tp stil post bende nih)
Membimbing cara fizikal dan mental. (er...)
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. (sbb tuh saye berat. heh)
Layanan yang serupa terhadap semua orang. (er......)
Tinggi daya simpati. (simpatilah saya)
Pemerhatian yang tajam. (cleavage, cleavage! :D)
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. (o yeah sgt betol)
Mudah dan rajin belajar. (toyed bace nih lagi)
Suka muhasabah diri. (di masjid dan pantai)
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. (toyed ini lagi)
Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. (SANGAT SALAH. JGN PERCAYA)
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. (SAME MCM ATAS)
Tidak agresif kecuali terpaksa. ( jgn pakse saye. heh )
Lemah dari segi kesihatan perut. ( SEKARANG ANDA SEMUE TAHU KENAPE)
Mudah gemuk kalau tak kawal diet. ( hahahaha )
Minta disayangi. (toyed syg aku)
Mudah terluka hati tapi lambat pulih. (sile abaikan ini)
Terlalu mengambil berat. (berat badan)
Rajin dalam membuat kerja.(khabar angin)

dengan ini saya tag mereka2 untuk mencuba

NAD
SYAZA
WHY
FIT
NAWAR
DALI
ANEP
TANK
MAT PIK
DLL

sila rujuk di sini http://half-mind.blogspot.com/ untuk melihat bulan kelahiran anda


aku bgn awal pagi nih, jmpe tank kat tandas. beliau berdiri mengadap kolah air sambil mengebil2 matanya

aku : tank. awal bgn..
tank : dah SELALU... (tiba2 berlalu pergi keluar)
aku : aik, awat tak mandi?
tank : sejuk..
aku : heh, ni kes TAK SELALU la nih.

outro : kalo aku lahir bukan bulan 7 mesti aku kurus.heh

3 minggu untuk si pemalas 2

10.20 pm || November 5th, 2008

mungkin aku patut rajen lagi untuk menulis blog. aku mmg pemalas.

saya dan lambakan test, presentation dan project submission.
3 minggu sebelum ini, aku agak tenggelam timbul dgn 3 elemen di atas.bayangkan, ketika itu, semua lecturer menjadi rejim dgn melambakkan semuanya kepada pelajar2 terchenta.mereka juga saling tak tumpah sepeti kita.(last minit struggle).

poe : aku letih
aku : hurm, tuh la, aku geram betol, sme nak kene submit. saket do. itu dan ini.

poe : bkn, semalam aku tak tidor layan dc++.

saya dan study WEAK
kamu pernah rasa x? yang kadang2 kamu mmg tak dilahirkan untuk menjawab final paper or test. saya pernah rasa.dan itu yang saya lalui sekarang.lebih sanggup jika diberi project dari disuruh untuk duduk 3 jam didalam hall yg sejuk.afterall, study week was about 7 days of doing nothing.

professor Jubair : i hate exams.
aku : me too (malas nk putar kepale translate ape2 dalam english)
professor Jubair : next semester i'm gonna proposing.. bla...
bla... bla...
aku : you are the best sir. (hampehnye aku)
professor Jubair : Izdihar, why are you standing there and talking by yourself? (sambil tangan nya mematikan handset)
aku : owh, i just wondering around (malu, dan berlalu
pergi)

saya dan tabiat membuat backup
cbe bayangkan, kamu berusaha, membuat satu project, seorang diri,setelah dicampak,tyada yg mahu mengambil aku sebagai ahli kumpulan, dalam masa 6 bulan bersusah payah menyelesaikan project, pada hari submissionnya thumb drive anda rosak.cbe bayangkan pula, anda membuat montage untuk satu dinner, dan apabila sampai disana, external hardisk anda rosak. itu yg terjadi pada aku. 2 kali berturut (aku bukan seorang yg cepat belajar) pengajarannya, jangan jadi seperti saya.(as for membuat backup anda!).

khai : dehaq, ko da seap IP?
aku : dah.

khai : perh, sape lg grup ko?
aku : aku buat sorang.
khai : kimek, jgn menipo. (beliau tak percaya)


10 minit kemudian

khai : dehaq, ko da uplod keje ko?
aku : thumbdrive rusak. SHIT TOL (agak marah dan frust)

khai : lek2, jgn tensyen2. member2 group ko xkan takde yg simpan backup.
aku : zzz.. (hampa, sbb dia masih gagal mempercayai)


saya dan intergriti
baru pulang dari makan malam diluar,bersama safwan, dan ijat. berbual2 dalam kenderaan.tentang kehidupan.malam itu kami seperti bersemangat nasional,memuji keadaan di Malaysia yg tenang (sampai blog ini ditulis) dan tyada kacau bilau. sebelum sampai di bilek, safwan singgah di cimb,semestinya untuk mengeluarkan duet.aku terlihat seorang punjabi, membonceng seorang cina menaiki motor.

aku : ijat, tuh, intergirti
ijat : mane?
aku : punjab ngan chinese.
ijat : (terdiam agak lame, selepas beberapa ketika) haq, tuh pun intergriti jugak.
aku : mane?
ijat : tuh (menunjuk pada sign board cimb bank)

aku : er...
ijat : Cina India Melayu Benggali...


saya dan pilihanraya utp.
pilihanraya telah berakhir,pemenang telah diangkat dan dijulang, yang kecundang dipuji kerana mencuba.walau apa2 pun,ini adalah kali pertama aku mengundi.(pengalaman berharga) .statistic menunjukkan 40% je pengundi yg keluar.berbangga.(terbilang dalam kumpulan 40% itu) .tapi mengapa?sebab, aku sudah sedar,yg selama ini, semuanya adalah monopoly.setelah mengikuti musim pilihan raya ini,barulah aku mengerti mengapa ada sesetengah pihak membenci si pemonopoly itu.mereka diakui pemonopoly berjaya.(jangan gam saya dan blog ini).

si polan : ko tahu?
aku : pemende?

si polan : hari tuh, ade budak pemonopoly cakap camni kat ##### "ko cukup Islam ke nak pimpin orang?"
aku : (terdiam, simpati dengan #####)

saya dan teamfive SE
kepada mereka-mereka yang telah berusaha, menjayakan ia, aku nak ucap :
terima kasih - usaha anda, komitmen anda, masa anda dan duit anda
maaf - saya telah mencuba sedaya upaya menjadi leader anda,jika ada terkasar dan perlakuan yg tidak menyenangkan hati. maaf kan aku.
tahniah - tanpa anda, ini suma xkan terjadi


saya dan Corporate Grooming 2008
dijemput,aku dijemput menjadi photographer untuk cg08.it was such an honour.sebab, aku xpernah dijemput.so peluang xakan dilepaskan.tp apa yang paling aku ingat,aku terjatuh ketika model runaway show.(sgt memalukan.sngt2 memalukan).tp xapelah, banyak yg aku perolehi malam itu.(kenalan baru dan gadis2 comel dan manja)

saya dan musicfest
music fest, satu mimpi basah (anep, aku pinjam ayat anda).sebelum ini, kalao pege musicfest, aku pegi hanya sekadar mengikot rakan2. tp music fest kali ini, aku pergi untuk melihat rakan2.bangga bagi pihak mereka.usaha selama ini berbaloi.crowd yg hyper.tahniah semua. dan seperti byasa.gadis2 comel menjadi taruhan.

anep : terbaek la sial crowd. thanx do dehaq.
aku : xde hal.
anep : aku rase nak melancap do tgk crowd.terbaek ah semue
aku : terdiam (terpaku dgn pemilihan perkataan yg eksotik)



saya dan housemates saya
berbual dgn ajak, sila ikuti perbualan kami.

hood : ko rase kalo kite takde kat sini, mesti kene kutuk kan.(kami tidak suka mengumpat!)
ajak : memangla, pantang ko tyada dalam penglihatan, ko memang kene.pasti!
hood : hahaha.
ajak : tgk macam dehaq nih, kalo die takde kat sini, mmg die kene.

hood : hahaha.
ajak : maen2 je dehaq ye.jangan terase hati pulak.(berlalu pergi dari pandangan kami)


selepas ajak keluar

ajak : HAH! (masuk balek). (memastikan tyada yg mengutuk beliau)



saya dan kampar
dalam tempoh 3 minggu nih, dah 3 kali aku ke batu berangkai.(bukan Kuala Woh).tp trip 31 orang tuh yang aku masih terase keseronokkannye.menjadi guider yg hampir sesat.membakar ayam di dalam hujan.melihat keadaan kolam jika arus dalam dan deras,hiking dalam hujan.dan berenang dengan penoh "grace" (lemah gemalai).terima kasih kerana turut serta.(ucapan untuk semua)

radio : bla bla bla... maju junction mall... bla... bla.. (ketika ini, radio kete anep maseh berfungsi)
aku : mesti "simpang" tuh maju.
anep : haaaa? "simpang"?
aku : maju junction...
anep : die tak maju sebenarnye, xsemestinye, contoh alternatif adalah taman maju.

saye dan guitar
saye perfrom mase javacamp appreciation nite. performance pertame yg hampeh. dan saya juga terbatuk ketika menyanyi.(mengecewakan semua orang)